refresh... refine... and recharged...
hari ini telah membawa makna terhadap hidupku... selama ini aku telah kehilangan arah dan tujuan hidup disebabkan oleh hidup yang penuh cabaran dan cobaan ini. aku telah berusaha dan berjuang semampu jasad ini membawa tetapi semakin aku menentang arus, semakin aku kehilangan dan semakin aku sesat dalam perjalanan hidup. aku tahu yang tuhan telah memberi aku cobaan ini kerana aku boleh menaganinya dan aku dipilih untuk melalui cabaran ini. aku tahu yang cobaan ini akan menjadikan aku lebih matang dan akan lebih meneguhkan lagi pendirian hidupku.
tetapi aku tidak menyangka cobaan akan datang bertubi-tubi dan menikam pelusuk hatiku bagaikan anak panah yang diasar sehingga sentuhannya boleh memotong kulit dan daging jasadku dengan senang sekali. tidak aku sangka cobaan terbesar manusia adalah dirinya sendiri dan jikalau kalah dalam perjuangan ini akan binasa badan dan masa depan. hari ini telah aku diketemukan dengan seseorang yang telah mengingatkan aku kembali diriku yang telah selama ini sesat entah kemana. aku tidak akan menunjuk jari dan menuduh kawan-kawan dan rakan-rakanku yang telah merubah hidup dan pendirian aku, yang telah menyebabkan aku terlupa tentang diriku dan yang telah membuatku terpedaya dengan bisikkan-bisikkan yang akan. ini semua akibat kelalaian dan kelupaan aku sebagai seorang manusia yang amat hina dan rendah diri ini. aku terlupa akan segala ajaran dan tunjukkan orang-orang dewasa kepada diriku.
apa-apa yang kita merancang selalunya ialah hanya untuk dirancang, bukan untuk ditentukan. tuhan yang menentukan segala-galanya... aku hanya boleh merancang dan terus merancang demi untuk mencapai apa yang dikehendaki...
sebenarnya, motivasi diri bukannya dari kawan dan keluarga... macam pepatah yang diriku sendiri fikirkan... ( experience and knowledge is what defines a man...) ia datang dari yang MAHA ESA...
aku telah banyak kali gagal dalam hidup di usia setahun jagung ini... hiduplah yang telah banyak mengajar aku tentang erti hidup, bukan cikgu di sekolah mahupun kawan-kawan yang kebanyakkanya melalaikan diriku.
tetapi walaubagaimanapun TUHAN telah memberiku satu lagi anugerah hidup iaitu (choice)... pilihan yang telah dan akan merubah hidupku, pilihan lah yang aku membentukku. jika aku tersalah pilih aku akan kecewa dan merana dan berkemungkinan aku akan kehilangan jasadku. jika aku pilih dengan bijak dan betul aku akan mencapai kejayaan and aku yang akan mendapat semua hasil pengorbanan dan hasil titik peluhku untuk aku menikmatinya. tetapi untuk mencapai kejayaan haruslah aku merenangi lautan api dan daratan yang setiap kali aku bertapak akan terpotong kulit dan isi tapak kakiku akibat potongan tanah dan rumput yang diibaratkan seperti mata pedng yang membelah-belah dan menikam-nikam dengan tanpa belah kasihan. inilah cobaan hidup kalau kamu mahu tahu.
(only the strong survive while the weak will lose out and die in the end...)
No comments:
Post a Comment